Tuesday 31 December 2013

Friday 29 November 2013

JADUAL KULIYYAH BULAN DISEMBER 2013

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,



إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوْا قَالُوْا

وَمَا رِيَاضُ الجَنَّةِ قَالَ حِلَقُ الذِّكْرِ

“Apabila kalian melewati taman-taman syurga maka singgahlah.” Maka para sahabat bertanya, “Apa yang dimaksud taman-taman syurga itu wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab, “Halaqah-halaqah dzikir, karana sesungguhnya Allah Ta’ala memiliki malaikat yang berkeliling untuk mencari halaqah-halaqah dzikir. Apabila mereka datang kepada orang-orang itu, maka mereka pun meliputinya.” (HR. Abu Nu’aim)
Imam Nawawi rahimahullah mengatakan, “Ketahuilah, sesungguhnya keutamaan dzikir itu tidak terbatas kepada tasbih, tahlil, tahmid, takbir dan semacamnya. Akan tetapi, setiap orang yang beramal ikhlas karana Allah ta’ala dengan melakukan ketaatan maka dia adalah orang yang berdzikir kepada Allah ta’ala.

Friday 8 November 2013

MESYUARAT AJK SURAU

11 NOV 2013
ISNIN 
SELEPAS ISYAK

AGENDA :

UCAPAN PENGERUSI
LAPORAN KEWANGAN
PERANCANGAN 2014
HAL-HAL LAIN.

SEMUA AJK DIWAJIBKAN HADIR.
SESI FOTOGRAFI AKAN DIADAKAN SELEPAS MESYUARAT...KEPADA KETUA BIRO DAN PEGAWAI PERLU BERPAKAIAN YG SESUAI...HRP MKLM.

GOTONG ROYONG

10 NOV 2014
AHAD
8.30 PG

AKTIVITI
MENGOREK LONGKANG SURAU

* SAMA-SAMALAH KITA REBUT PELUANG MEMBUAT PAHALA.....SILA HADIRKAN DIRI....SARAPAN PG DISEDIAKAN.

CERAMAH MAAL HIJRAH


Tuesday 5 November 2013

KEM REMAJA SOLEHAH

ATURCARA MAJLIS

KEM REMAJA SOLEHAH “ Allah Bersama Kami ”

SABTU

8.00 pagi                    :           Pendaftaran dan sarapan pagi
8.30 pagi                    :           Ucapan Pengerusi Surau
9.00 pagi                    :           Taklimat dari Ustazah Azizah
9.15 pagi                    :           Ice Breaking
10.00 pagi                 :           Slot 1
12.30 tgh                   :           Rehat dan makan tengahari
1.20 ptg                      :           Solat Zohor
2.30 ptg                      :           Slot  2
4.20 ptg                      :           Solat Asar
5.00 ptg                      :           Riadah
6.30 ptg                      :           Makan malam
7.10 ptg                      :           Solat Maghrib
7.30 mlm                    :           Tazkirah
8.20 mlm                    :           Solat Isyak
9.00 mlm                    :           Tayangan Video
11.00 mlm                  :           Kudapan/Tidur


AHAD

4.00 pagi                    :           Qiamullail
5.50 pagi                    :           Solat Subuh
6.30 pagi                    :           Persiapan Diri
7.30 pagi                    :           Sarapan
8.00 pagi                    :           Slot 3 
9.00 pagi                    :           Resolusi
10.00 pagi                 :           Penyampaian Saguhati
10.30 pagi                 :           Penutup / Bacaan Doa
11.00 pagi                 :           Bersurai

SYARAT KEMASUKAN :

1.    Remaja perempuan berumur 13 - 16 tahun
2. Yuran sara diri RM20.


Thursday 31 October 2013


Wednesday 30 October 2013

JADUAL KULIAH BULAN NOVEMBER 2013


  • SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.
  • KEM REMAJA SOLEHAH PADA 16-17 NOV 2013.....PENYERTAAN TERHAD KEPADA 50 ORANG SHJ...BORANG PENYERTAAN BOLEH DIDAPATI DI SURAU AL AMEEN..

Friday 11 October 2013

Wednesday 2 October 2013

Sumbangan dan doa selamat

Hidayah tu milik Allah...
Majlis sumbangan surau kepada saudara baru Muhammad Anas bin Abdullah...
Sumbangan yang disampaikan oleh Tuan Pengerusi, Cikgu Pazali....
Bacaan doa oleh Ustaz Marzuki...jazakallah...          


 Barakallah....

Tuesday 1 October 2013

Saudara baru...Alhamdulillah

 Muhammad Anas Bin Abdullah atau Annathurai A/L Sekaran telah diislamkan di Pejabat Agama Daerah Kuala Langat pada 27 September 2013 disaksikan Tuan Pengerusi, Cikgu Pazali Abdul Gani.
  MABRUK......

Sunday 29 September 2013

JADUAL KULIAH BULAN OKTOBER 2013

MAKLUMAN:

  1. KELAS QASIDAH AKAN BERMULA PADA 5/10/2013....
  2. BAYARAN YURAN AHLI UNTUK KELAS IQRA RM10 SEBULAN...SILA SERAH KPD BENDAHARI SURAU AL AMEEN - TN HJ ZAHROM 

ceramah perdana-oktober 2013

MAKLUMAN :
Kepada para jemaah yg ingin mengemukakan apa-apa persoalan....boleh melalui sms terus kpd ust Shauqi ( 019 3241364) atau tulis pada kertas dan beri kpd pengerusi majlis...

Wednesday 4 September 2013

Gotong-royong

Marilah sama-sama berganding bahu mengadakan gotong-royong untuk menambahbaikan surau Al-Ameen
 
pada;

Tarikh         :  08/09/2013 (Ahad)
jam             :   8.00 pg

Harap maklum.....

KULIYYAH TASAWUF: 04/09/2013


Sunday 1 September 2013

KULIAH TAMBAHAN PADA BULAN SEPTEMBER 2013

MAKLUMAN :

-KULIAH UST HAFIZUL DAN UST HUSSIN ADALAH MENGGANTIKAN KULIAH UST ABU. UST HAFIZUL AKAN BERGILIR-GILIR DENGAN UST HUSSIN MENGIKUT KELAPANGAN.

- UST ABU MASIH DALAM KEADAAN TIDAK SIHAT.

- YURAN BULANAN UTK KELAS IQRA AKAN DITERUSKAN...SILA BUAT BAYARAN KEPADA BENDAHARI SURAU IAITU TN HJ ZAHROM.

BACAAN YASIN,SOLAT HAJAT DAN CERAMAH MOTIVASI

MAKLUMAN :


  1. ANAK-ANAK YG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN ATAU PUN TIDAK AMAT DIGALAKKAN HADIR.
  2. SILA BAWA AIR BOTOL SENDIRI ( AIR YASIN ).
  3. SESI CERAMAH MOTIVASI AKAN DIBERIKAN OLEH UST ISMAIL KABUT.

CERAMAH PERDANA-SEPT 2013

MAKLUMAN :

  1. SEGALA SUMBANGAN PADA MALAM CERAMAH AKAN DISALURKAN KEPADA MAPIM ( MAJLIS PERTUBUHAN PERUNDINGAN ISLAM MALAYSIA ) UNTUK MEMBANTU SAUDARA KITA DI PALESTIN, SYRIA DAN MESIR...
  2. SAMA-SAMALAH KITA BERJIHAD DENGAN MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN YG DITANGGUNG OLEH SAUDARA KITA DI SANA.
  3. YA ALLAH, BANTU LAH ISLAM DAN SAUDARA  KAMI DI PALESTIN, SYRIA, MESIR DAN DI MANA SAHAJA PARA PEJUANG ISLAM BERADA....BANTULAH KAMI MENGALAHKAN MUSUH ISLAM...AMIN...YA RABBAL A'LAMIN...

Sunday 25 August 2013

KULIAH BULAN OGOS

TARIKH        HARI                 PENCERAMAH                   KITAB

26/8/2013                  ISNIN                            UST ZAINUDIN TALKIS           MATLAAL BADRAIN
27/8/2013                  SELASA                        UST ANSORI                              MUHIMMAH
31/8/2013                  SABTU (SUBUH )        UST RIZUAN NAHAR               70 DOSA BESAR

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.....

MESYUARAT AJK SURAU AL AMEEN

TARIKH :  29 OGOS 2013
HARI      :   KHAMIS
MASA    :   SELEPAS ISYAK

SEMUA AJK DIJEMPUT HADIR

Tuesday 13 August 2013

Monday 29 July 2013

AKTIVITI DI AKHIR-AKHIR RAMADHAN
29/7        ISNIN           IMAM SABRI                                                    30/7        SELASA         UST HAZLI (KANCHONG)
31/7        RABU           UST BAMBANG ( IMAM 1 MASJID KLIA)
1/8          KHAMIS        IMAM ISHAK
2/8         JUMAAT         UST RIDUAN NAHAR
3/8         SABTU          QIYAMULLAIL (UST RIZUAN NAHAR-4 PAGI )
                                 IMAM FISOL- TERAWIH
4
/8         AHAD           QIYAMULAIL (UST MUSA)                                                                                                                 5/8         ISNIN            IMAM TARMIZI
6/8         SELASA          UST SHARIF
7/8         RABU            IMAM ISHAK
Jom....sama-sama imarahkan rumah Allah....Surau kita tanggungjawab bersama....Insyaallah....

Wednesday 24 July 2013

IFTAR PERDANA

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA SURAU AL AMEEN

        TARIKH   :  26 JULAI 2013
HARI       :   JUMAAT
MASA       :   6.45 - BACAAN YASIN DAN TAHLIL ARWAH
                      (borang tahlil arwah boleh diserah kpd ajk surau sebelum 26/7/2013.

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT.

Monday 22 July 2013

Sunday 21 July 2013

Jom terus bertadarus......






Jika kita menelusuri sirah Nabi Muhammad SAW, kita mendapati bahawa Rasulullah amat menitikberatkan ibadat pembacaan al-Quran dan mengutamakan ia apabila masuk Ramadan. Ibnu ‘Abbas ra berkata “Nabi SAW adalah manusia terbaik, dan Baginda menjadi lebih baik apabila datangnya Ramadan ketika Jibril bertemu Baginda pada setiap malam dalam bulan Ramadan untuk bertadarus al-Quran. Baginda akan membacanya dengan amat baik seperti angin yang bertiup lembut.” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Melalui hadis ini Imam Ibnu Rejab menyatakan disunatkan seseorang itu mempelajari al-Quran pada Ramadan di samping mengajak manusia lain bersama-sama membacanya dan disunatkan juga untuk memperdengarkan bacaan kepada mereka yang lebih elok bacaannya.
“Tidak akan beroleh kefahaman bagi sesiapa yang mengkhatam al-Quran kurang daripada tiga hari.” (Hadith Sahih Riwayat Imam Abu Daud).
Hadis ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah sering kali bertadarus al-Quran pada waktu malam kerana pada waktu itu adalah masa yang tenang untuk jiwa manusia melakukan ibadat dan menghayati setiap ayat al-Quran yang dibaca.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya ibadat pada waktu malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih baik bacaannya.” (Surah al-Muzzammil ayat enam).

Dalam hadis lain puteri Baginda iaitu Fatimah ra menceritakan bahawa Baginda bertadarus al-Quran bersama Jibril sekali dan pada tahun kewafatan baginda bertadarus bersama Jibril dua kali.”(HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

Melalui contoh ditunjukkan Rasulullah ini, maka sahabat dan ulama silam berlumba-lumba memperbanyakkan bacaan al-Quran terutama pada malam sepanjang Ramadan. Diceritakan bahawa bumi Madinah al-Munawwarah pada malam Ramadan dihiasi dengan alunan merdu bacaan al-Quran oleh sahabat.

Mereka memperbanyakkan dan memperelokkan bacaan al-Quran disamping menghayati maknanya, lantas dipraktikkan penghayatan itu dalam kehidupan harian mereka sebagai hamba Allah SWT.
Imam Nawawi menyatakan antara sahabat yang memperbanyakkan bacaan al-Quran adalah Uthman bin ‘Affan, Tamim al-Daariy dan Said bin Jubair yang mana mereka khatam al-Quran dalam solat mereka di hadapan Kaabah pada setiap rakaat solat mereka.

Diceritakan juga Imam Syafi’e khatam al-Quran pada Ramadan sebanyak 60 kali. Dalam Kitab ‘Aun al-Ma’bud dinyatakan bahawa ada di kalangan salafussoleh khatam al-Quran setiap sebulan, dua puluh hari, sepuluh hari, seminggu, tiga hari dan sehari.

Bukankah terdapat larangan mengkhatam al-Quran kurang daripada tiga hari?
Dalam hadis Nabi SAW bersabda : “Tidak akan beroleh kefahaman bagi sesiapa yang mengkhatam al-Quran kurang daripada tiga hari.” (Hadith Sahih Riwayat Imam Abu Daud).
Jika kita melihat daripada mafhum hadis ini maka kita akan dapati bahawa khatam al-Quran kurang daripada tiga hari seolah-olah dilarang Nabi Muhammad SAW.

Dalam menjawab persoalan ini Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata: “Telah diriwayatkan golongan salafussoleh bahawa mereka mengkhatam al-Quran lebih cepat daripada tiga hari.

Namun, larangan dalam hadis ini tidak menunjukkan kepada pengharaman. Justeru, khatam al-Quran bergantung kepada situasi sahabat dan ulama terdahulu. Namun Imam Nawawi menyatakan bahawa kebanyakan salafussoleh akan khatam al-Quran setiap daripada tujuh hari iaitu selama seminggu.
Perlulah untuk kita semua membaca al-Quran dengan penuh sopan dan tertib. Seelok-eloknya bacalah dengan adanya tadabbur, iaitu dengan menghayati setiap ayat-ayat al-Quran itu.

Walaupun sahabat mampu mengkhatam al-Quran dalam masa satu hari, tetapi mereka membacanya dengan tadabbur iaitu faham dan menghayati makna ayat tersebut. Bagi sebahagian kita yang tidak memahami Bahasa Arab dan tidak faham isi kandungan al-Quran maka sewajarnya kita mengubah cara pembacaan kita.
Jika sebelum ini kita hanya membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya, maka bermula pada Ramadan kali ini cubalah untuk memahami maknanya dengan melihat terjemahan al-Quran.

Friday 19 July 2013

BERBUKA PUASA DAN TAHLIL RINGKAS- 18/07/2013



Khalifah-Sheikh Ahmad Fesol Mansor minal Bulau Binange





Anak2 Sheikh Ahmad Fesol Mansor





Aulad Tuan Pengerusi (Sheikh Pazali Abdul Gani)-comel berjubah

Friday 12 July 2013

3 Ramadhan...malam keempat...oleh Ustaz Reduan Mohamad...



Jemaah khusyuk mendengar peringatan demi peringatan...pesanan demi pesanan....

Mudah-mudahan dapat diamalkan bersama..Insyaallah..