Monday 29 July 2013

AKTIVITI DI AKHIR-AKHIR RAMADHAN
29/7        ISNIN           IMAM SABRI                                                    30/7        SELASA         UST HAZLI (KANCHONG)
31/7        RABU           UST BAMBANG ( IMAM 1 MASJID KLIA)
1/8          KHAMIS        IMAM ISHAK
2/8         JUMAAT         UST RIDUAN NAHAR
3/8         SABTU          QIYAMULLAIL (UST RIZUAN NAHAR-4 PAGI )
                                 IMAM FISOL- TERAWIH
4
/8         AHAD           QIYAMULAIL (UST MUSA)                                                                                                                 5/8         ISNIN            IMAM TARMIZI
6/8         SELASA          UST SHARIF
7/8         RABU            IMAM ISHAK
Jom....sama-sama imarahkan rumah Allah....Surau kita tanggungjawab bersama....Insyaallah....

Wednesday 24 July 2013

IFTAR PERDANA

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA SURAU AL AMEEN

        TARIKH   :  26 JULAI 2013
HARI       :   JUMAAT
MASA       :   6.45 - BACAAN YASIN DAN TAHLIL ARWAH
                      (borang tahlil arwah boleh diserah kpd ajk surau sebelum 26/7/2013.

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT.

Monday 22 July 2013

Sunday 21 July 2013

Jom terus bertadarus......






Jika kita menelusuri sirah Nabi Muhammad SAW, kita mendapati bahawa Rasulullah amat menitikberatkan ibadat pembacaan al-Quran dan mengutamakan ia apabila masuk Ramadan. Ibnu ‘Abbas ra berkata “Nabi SAW adalah manusia terbaik, dan Baginda menjadi lebih baik apabila datangnya Ramadan ketika Jibril bertemu Baginda pada setiap malam dalam bulan Ramadan untuk bertadarus al-Quran. Baginda akan membacanya dengan amat baik seperti angin yang bertiup lembut.” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Melalui hadis ini Imam Ibnu Rejab menyatakan disunatkan seseorang itu mempelajari al-Quran pada Ramadan di samping mengajak manusia lain bersama-sama membacanya dan disunatkan juga untuk memperdengarkan bacaan kepada mereka yang lebih elok bacaannya.
“Tidak akan beroleh kefahaman bagi sesiapa yang mengkhatam al-Quran kurang daripada tiga hari.” (Hadith Sahih Riwayat Imam Abu Daud).
Hadis ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah sering kali bertadarus al-Quran pada waktu malam kerana pada waktu itu adalah masa yang tenang untuk jiwa manusia melakukan ibadat dan menghayati setiap ayat al-Quran yang dibaca.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya ibadat pada waktu malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih baik bacaannya.” (Surah al-Muzzammil ayat enam).

Dalam hadis lain puteri Baginda iaitu Fatimah ra menceritakan bahawa Baginda bertadarus al-Quran bersama Jibril sekali dan pada tahun kewafatan baginda bertadarus bersama Jibril dua kali.”(HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

Melalui contoh ditunjukkan Rasulullah ini, maka sahabat dan ulama silam berlumba-lumba memperbanyakkan bacaan al-Quran terutama pada malam sepanjang Ramadan. Diceritakan bahawa bumi Madinah al-Munawwarah pada malam Ramadan dihiasi dengan alunan merdu bacaan al-Quran oleh sahabat.

Mereka memperbanyakkan dan memperelokkan bacaan al-Quran disamping menghayati maknanya, lantas dipraktikkan penghayatan itu dalam kehidupan harian mereka sebagai hamba Allah SWT.
Imam Nawawi menyatakan antara sahabat yang memperbanyakkan bacaan al-Quran adalah Uthman bin ‘Affan, Tamim al-Daariy dan Said bin Jubair yang mana mereka khatam al-Quran dalam solat mereka di hadapan Kaabah pada setiap rakaat solat mereka.

Diceritakan juga Imam Syafi’e khatam al-Quran pada Ramadan sebanyak 60 kali. Dalam Kitab ‘Aun al-Ma’bud dinyatakan bahawa ada di kalangan salafussoleh khatam al-Quran setiap sebulan, dua puluh hari, sepuluh hari, seminggu, tiga hari dan sehari.

Bukankah terdapat larangan mengkhatam al-Quran kurang daripada tiga hari?
Dalam hadis Nabi SAW bersabda : “Tidak akan beroleh kefahaman bagi sesiapa yang mengkhatam al-Quran kurang daripada tiga hari.” (Hadith Sahih Riwayat Imam Abu Daud).
Jika kita melihat daripada mafhum hadis ini maka kita akan dapati bahawa khatam al-Quran kurang daripada tiga hari seolah-olah dilarang Nabi Muhammad SAW.

Dalam menjawab persoalan ini Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata: “Telah diriwayatkan golongan salafussoleh bahawa mereka mengkhatam al-Quran lebih cepat daripada tiga hari.

Namun, larangan dalam hadis ini tidak menunjukkan kepada pengharaman. Justeru, khatam al-Quran bergantung kepada situasi sahabat dan ulama terdahulu. Namun Imam Nawawi menyatakan bahawa kebanyakan salafussoleh akan khatam al-Quran setiap daripada tujuh hari iaitu selama seminggu.
Perlulah untuk kita semua membaca al-Quran dengan penuh sopan dan tertib. Seelok-eloknya bacalah dengan adanya tadabbur, iaitu dengan menghayati setiap ayat-ayat al-Quran itu.

Walaupun sahabat mampu mengkhatam al-Quran dalam masa satu hari, tetapi mereka membacanya dengan tadabbur iaitu faham dan menghayati makna ayat tersebut. Bagi sebahagian kita yang tidak memahami Bahasa Arab dan tidak faham isi kandungan al-Quran maka sewajarnya kita mengubah cara pembacaan kita.
Jika sebelum ini kita hanya membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya, maka bermula pada Ramadan kali ini cubalah untuk memahami maknanya dengan melihat terjemahan al-Quran.

Friday 19 July 2013

BERBUKA PUASA DAN TAHLIL RINGKAS- 18/07/2013



Khalifah-Sheikh Ahmad Fesol Mansor minal Bulau Binange





Anak2 Sheikh Ahmad Fesol Mansor





Aulad Tuan Pengerusi (Sheikh Pazali Abdul Gani)-comel berjubah

Friday 12 July 2013

3 Ramadhan...malam keempat...oleh Ustaz Reduan Mohamad...



Jemaah khusyuk mendengar peringatan demi peringatan...pesanan demi pesanan....

Mudah-mudahan dapat diamalkan bersama..Insyaallah..

Tuesday 9 July 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK

Marilah sama-sama kita imarahkan Surau Al-Ameen.... 
 "Surau Kita Tanggungjawab Bersama"

Insyaallah...mudah-mudahan ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya...

Pihak surau mengalu-alukan sumbangan jariah para jemaah sekalian.
Apabila matinya anak adam...3 perkara yang ditinggalkan:
1) Sedekah jariah
2) Anak yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat

Ma naqashat maalu ‘abdin min shadaqah, bal yazdad, bal yazdad, bal yazdad. Tidak akan berkurang harta karena sedekah, bahkan ia akan bertambah, bahkan ia bertambah, bahkan ia bertambah,”

Sesungguhnya megeluarkan sedekah akan mendatangkan pahala yang banyak dan ganjaran yang besar selama tidak diiringi dengan sesuatu yang menyakiti dan menyusahkan orang yang diberi. Allah 'Azza wa Jalla berfirman,

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ لا يُتْبِعُونَ مَا أَنْفَقُوا مَنًّا وَلا أَذًى لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ
"Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.i" (QS. Al-Baqarah: 262)

BARAKALLAHULAKUM......



Sunday 7 July 2013

Gotong-royong 30 Jun 2013...Jazakallahukhoironkasiro..



anak sapa nihh..
 anak sapa ni ha??:)

 permulaan...
kontraktor kelas G...En Saifuddin...siapa nak tempah buat jambatan boleh berhubung trusss dengan beliau..

















kerja membuat pintu alternatif muslimat dari tempat parking...















 pelancaran oleh tuan pengerusi...





 skill mau ada...


















Gotong-royong 30 Jun 2013...Jazakallah...kpd smua yg terlibat secara langsung atau tidak...Semoga ikatan ukhwah antara kita terus terjalin...Insyaallah... BARAKALLAHULAKUM..